My Blog List

Tuesday, 1 June 2021

Mother ❤❤❤

Ok, bertemu lagi kita pada  hari ni. So nampak tajuk  besar kat atas pasai apa. Hampa baca sendiri lahπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Ceh gurau jer,jangan marah marah nanti cepat tua ma.


Ok topik kita hari ni adalah tentang ibu. Saya rasa semua pembaca blog saya kat sini mesti pernah ade ibu kan. Kalau takde ibu macam mana munculnya kita.  Betul tak?  Cuma ada sebahagian nasib  daripada kita, ibunya dah pergi dulu menghadap Allah( S.W.T).

 So buat siapa yang kat sini masih ada ibu, hargailah ibu masing2.  Mungkin hari ni ibu kita masih membelai kita , menegur kita , mencium kita, memarahi kita, bergurau dengan kita.

 

  Tapi kita tak tau mungkin esok allah takdirkan untuk  malaikat  menarik nyawa ibu kita. Walllahualam. Janganlah sampai ibu kita dah kena ikat dengan kain kapan, masuk dalam keranda baru kita nak mennyesal. Time tu menangis pon dah tak guna.


Ni citer saya tapi saya tak nak kongsi semua. Saya ada ibu. Saya anak sulung.Saya selalu tengok ibu saya jaga kami lima beradik. Ibu saya  tak akan suap nasi ke dalam  mulut dia selagi dia belum suap nasi ke dalam mulut kami lima beradik. Sebab tu lah saya pernah satu tahap, saya kata saya tak nak jadi ibu sebab saya tak mampu dan tak sekuat macam ibu saya. 

Saya cepat down tapi orang pertama yang datang pada saya adalah ibu saya. Walau macam mana sekali saya sembunyi masalah saya, ibu saya tetap orang pertama yang tau. Waktu kecik, saya selalu sangka  ibu saya garang. Tapi saya silap bila saya remaja baru saya tau, ibu garang sebab nak didik kami lima beradik jadi insan berguna. Thats why i love my mom. Ibu saya sanggup buat apa saja demi besarkan  kami jadi orang berguna.


So  kat sini, saya nak cakap satu jer segarang mana pon ibu kita, sesibuk mana pon ibu kita dia tetap ibu kau yang mengandungkan kau selama 9 bulan 10 hari.  Dia tak pernah tinggalkan kau sebab kau dalam hati dia. Sebab kau nyawa dia. Sedangkan bapak kita nak jentik kita pon rahim dia rasa  sakit sebab tengok anak yang dikandung tu kena jentik.


Ok akhir kata , Hargailah ibu, hargailah ibu, hargailah ibu selagi  masih ade. 

Siape yang takde ibu tu sedekahkan lah Al-Fatihah dan yang masih ada ibu sedekahkkan juga lah Al-Fatihah sebab doa anak yang soleh ini cepat dimakbulkan

 

 

Sebelum saya nak akhiri penulisan blog saya . Saya  nak kasi awak semua sedikit kata mutiara yang saya cari dalam internet. Saya harap kata mutiara ini dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kamu semua untuk berjaya demi insan yang mengandungkan kamu 9 bulan 10 hari dan tidak lupa juga kepada bapa kamu yang bersusah payah bekerja mencari nafkah untuk besarkan kamu.


1- “Ummii kagiimata tahmilu humuumanaa jamiil'an wa laa tumthorunaa ilaa farhan.”

Artinya: Ibu selaksa awan, ia menanggung seluruh kesusahan kita, dan ia tidak menghujani kita kecuali dengan kebahagiaan.

 

2- “Maa dumta tusyaahidu basmata ummika, fa alhayaatu laa tazaalu jamiilatan.”

Artinya: Selagi engkau dapat melihat senyuman ibumu, hidupmu senantiasa indah.


3- “Al ummu, hiya al insaanatu al wahiidatu allatii qod tansaa an tad'uu linafsihaa fii sholaatihaa liannahaa takuunu masyguulatan bi ad du'aa i li abnaaihaa.”

Artinya:  Ibu adalah seorang manusia satu- satunya yang telah lupa mendoakan untuk dirinya sendiri dalam shalatnya, karena ia begitu sibuk mendo'akan anak- anaknya.

5 -  “Na'rifu qiimata al milhi 'indamaa nafqoduhu, wa qiimatu al abi 'indamaa yamuutu.”

Artinya: Kita akan tahu betapa nerharganya garam ketika ia sulit didapatkan, begitu kita akan tahu betapa berharganya seorang ayah ketika ia telah tiada.

6- “Yasalunii maa ajmala 'ithrin ladaika, qultu: rooihatu abii fii malaabisii ba'da maa adhommahu.”

Artinya: Mereka bertanya padaku tentang parfum apa yang paling wangi yang aku miliki aku menjawa: bau dekapan ayahku pada pakaianku.

7-  “Ummi an nab'u alladzii laa bi nadhbin, al 'athoo u biduuni muqoobilin, al qolbu wa as shodru al hanuunu, biduunihaa yaghiibu kullu tho'min hulwun lil hayaati.”

Artinya: Ibu adalah sumber mata air yang tak pernah kering, memberi tanpa meminta balasan, hati yang penuh dengan kasih sayang, tanpanya hilanglah manisnya kehidupan

Ok setakat tu jer lah perkonsian saya pada hari ini jumpa lagi pada hari yang akan datang. Bye

Laula al 'ilmu lakaana an naasu kaa al bahaaimi.”

Artinya: Seandainya tiada berilmu niscaya manusia itu seperti binatang.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah semoga anda berminat untuk setia dengan blog saya

Bela jarπŸ“šπŸ“ Tajuk kita harini simple jer, iaitu pasal belajar.Ok first saya nak tanya ada ke yang kat sini belajar struggle giler tapi takd...