Hai bertemu lagi kita di sini, sebut pasai melancong siapa yang dah habis travel seluruh negara. Mesti belom lagi kan.
Ok siapa kat sini yang tak suka melancong. Saya rasa mesti majoritinya suka melancong.Betoi ke idok. Ye lah saya pon suka melancong walaupun baru umuq 16 tahun๐ฃ. Tapi saya dah siap berangan and ada plan lagi nak pi mana. Hampa ada plan tak nak gi ana. Ok kalau takda ni saya nak suggest kat korang tempat best yang korang boleh pergi bukan kat korea jer tau ade manyak lagi negara korang boleh pi.
Cuma majoriti remaja sekarang bila tanya semua kata nak pi korea. Korea memang best tapi sebelum tu saya nak bagitau ada banyak lagi tempat yang best. Oop !sebelum saya lupa yang blog kali ni saya just nak share tempat menarik di luar negara. Kalau korang cari tempat percutian menarik di Malaysia saya ade tulis jugak. Korang cari lah nanti. Ihi๐ btw Yahoo jom kita naik kapal terbang. Ceh berangan lagi.
Ok first , saya nak bagitau orang melancong ade 2 jenis.
1- Nak release stress atau nak melancong ngan family }kategori A
2- Nak melancong sambil belajar tentang peristiwa sejarah pertempatan tersebut. Sebagai contoh, sejarah islam.
3- Melancong untuk dapat ilham baru
Ok first saya nak share tempat yang sesuai melancong ngan family. Bila sebut nak melancong ngan family mesti nak buat kenangan kan. So mesti awak semua nak berswafoto . Kalau nak berswafoto mestilah view nya cantik. Ok oleh itu, saya akan share sikit kat korang tempat best yang korang boleh pi.
Farm Tomito, Jepun
Farm Tomita yang terletak di Hokkaido ini merupakan sebuah kebun bunga lavender dan pengeluar minyak pati lavender asli. Walau bagaimanapun, anda boleh menikmati semua jenis bunga yang cantik dan sempurna sejajar di luar bulan-bulan musim sejuk.
Tempat tercantik di dunia ini pasti menambat hati sesiapa sahaja yang datang ke sini terutamanya kaum hawa. Bunga lavender yang menjadi budaya Jepun sejak setengah abad lalu dan beberapa jenis bunga lain disusun teratur mengikut adunan warna sehingga menjadikan Farm Tomita sangat cantik.
Venice , Itali
Venesia atau nama lainnya Venezia ini merupakan sebuah bandar terapung berkeluasan 412 km persegi. Tempat tercantik di dunia ini menjanjikan pemandangan di atas perairan.
Bangunan-bangunan dikota ini juga dibina dengan konsep elegan dan klasik. Antara tempat-tempat menarik di kota ini adalah St Mark’s Square, St Mark’s Basilica, Doge’s Palace, Museum Correr, Rialto Bridge dan bermacam-macam lagi.


