FAN1231(fatin aliya)
Hi peminat setia blog saya, saya sangat hagai kamu semua. Thanks sudi singgah blog saya. Apapon saya akan cuba buat yang terbaik
My Blog List
Wednesday, 29 September 2021
Tuesday, 1 June 2021
Tempat menarik untuk melancong
Hai bertemu lagi kita di sini, sebut pasai melancong siapa yang dah habis travel seluruh negara. Mesti belom lagi kan.
Ok siapa kat sini yang tak suka melancong. Saya rasa mesti majoritinya suka melancong.Betoi ke idok. Ye lah saya pon suka melancong walaupun baru umuq 16 tahunπ£. Tapi saya dah siap berangan and ada plan lagi nak pi mana. Hampa ada plan tak nak gi ana. Ok kalau takda ni saya nak suggest kat korang tempat best yang korang boleh pergi bukan kat korea jer tau ade manyak lagi negara korang boleh pi.
Cuma majoriti remaja sekarang bila tanya semua kata nak pi korea. Korea memang best tapi sebelum tu saya nak bagitau ada banyak lagi tempat yang best. Oop !sebelum saya lupa yang blog kali ni saya just nak share tempat menarik di luar negara. Kalau korang cari tempat percutian menarik di Malaysia saya ade tulis jugak. Korang cari lah nanti. Ihiπ btw Yahoo jom kita naik kapal terbang. Ceh berangan lagi.
Ok first , saya nak bagitau orang melancong ade 2 jenis.
1- Nak release stress atau nak melancong ngan family }kategori A
2- Nak melancong sambil belajar tentang peristiwa sejarah pertempatan tersebut. Sebagai contoh, sejarah islam.
3- Melancong untuk dapat ilham baru
Ok first saya nak share tempat yang sesuai melancong ngan family. Bila sebut nak melancong ngan family mesti nak buat kenangan kan. So mesti awak semua nak berswafoto . Kalau nak berswafoto mestilah view nya cantik. Ok oleh itu, saya akan share sikit kat korang tempat best yang korang boleh pi.
Farm Tomito, Jepun
Farm Tomita yang terletak di Hokkaido ini merupakan sebuah kebun bunga lavender dan pengeluar minyak pati lavender asli. Walau bagaimanapun, anda boleh menikmati semua jenis bunga yang cantik dan sempurna sejajar di luar bulan-bulan musim sejuk.
Tempat tercantik di dunia ini pasti menambat hati sesiapa sahaja yang datang ke sini terutamanya kaum hawa. Bunga lavender yang menjadi budaya Jepun sejak setengah abad lalu dan beberapa jenis bunga lain disusun teratur mengikut adunan warna sehingga menjadikan Farm Tomita sangat cantik.
Venice , Itali
Venesia atau nama lainnya Venezia ini merupakan sebuah bandar terapung berkeluasan 412 km persegi. Tempat tercantik di dunia ini menjanjikan pemandangan di atas perairan.
Bangunan-bangunan dikota ini juga dibina dengan konsep elegan dan klasik. Antara tempat-tempat menarik di kota ini adalah St Mark’s Square, St Mark’s Basilica, Doge’s Palace, Museum Correr, Rialto Bridge dan bermacam-macam lagi.
Mother ❤❤❤
Ok, bertemu lagi kita pada hari ni. So nampak tajuk besar kat atas pasai apa. Hampa baca sendiri lahπ π π . Ceh gurau jer,jangan marah marah nanti cepat tua ma.
Ok topik kita hari ni adalah tentang ibu. Saya rasa semua pembaca blog saya kat sini mesti pernah ade ibu kan. Kalau takde ibu macam mana munculnya kita. Betul tak? Cuma ada sebahagian nasib daripada kita, ibunya dah pergi dulu menghadap Allah( S.W.T).
So buat siapa yang kat sini masih ada ibu, hargailah ibu masing2. Mungkin hari ni ibu kita masih membelai kita , menegur kita , mencium kita, memarahi kita, bergurau dengan kita.
Tapi kita tak tau mungkin esok allah takdirkan untuk malaikat menarik nyawa ibu kita. Walllahualam. Janganlah sampai ibu kita dah kena ikat dengan kain kapan, masuk dalam keranda baru kita nak mennyesal. Time tu menangis pon dah tak guna.
Ni citer saya tapi saya tak nak kongsi semua. Saya ada ibu. Saya anak sulung.Saya selalu tengok ibu saya jaga kami lima beradik. Ibu saya tak akan suap nasi ke dalam mulut dia selagi dia belum suap nasi ke dalam mulut kami lima beradik. Sebab tu lah saya pernah satu tahap, saya kata saya tak nak jadi ibu sebab saya tak mampu dan tak sekuat macam ibu saya.
Saya cepat down tapi orang pertama yang datang pada saya adalah ibu saya. Walau macam mana sekali saya sembunyi masalah saya, ibu saya tetap orang pertama yang tau. Waktu kecik, saya selalu sangka ibu saya garang. Tapi saya silap bila saya remaja baru saya tau, ibu garang sebab nak didik kami lima beradik jadi insan berguna. Thats why i love my mom. Ibu saya sanggup buat apa saja demi besarkan kami jadi orang berguna.
So kat sini, saya nak cakap satu jer segarang mana pon ibu kita, sesibuk mana pon ibu kita dia tetap ibu kau yang mengandungkan kau selama 9 bulan 10 hari. Dia tak pernah tinggalkan kau sebab kau dalam hati dia. Sebab kau nyawa dia. Sedangkan bapak kita nak jentik kita pon rahim dia rasa sakit sebab tengok anak yang dikandung tu kena jentik.
Ok akhir kata , Hargailah ibu, hargailah ibu, hargailah ibu selagi masih ade.
Siape yang takde ibu tu sedekahkan lah Al-Fatihah dan yang masih ada ibu sedekahkkan juga lah Al-Fatihah sebab doa anak yang soleh ini cepat dimakbulkan
Sebelum saya nak akhiri penulisan blog saya . Saya nak kasi awak semua sedikit kata mutiara yang saya cari dalam internet. Saya harap kata mutiara ini dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kamu semua untuk berjaya demi insan yang mengandungkan kamu 9 bulan 10 hari dan tidak lupa juga kepada bapa kamu yang bersusah payah bekerja mencari nafkah untuk besarkan kamu.
1- “Ummii kagiimata tahmilu humuumanaa jamiil'an wa laa tumthorunaa ilaa farhan.”
Artinya: Ibu selaksa awan, ia menanggung seluruh kesusahan kita, dan ia tidak menghujani kita kecuali dengan kebahagiaan.
2- “Maa dumta tusyaahidu basmata ummika, fa alhayaatu laa tazaalu jamiilatan.”
Artinya: Selagi engkau dapat melihat senyuman ibumu, hidupmu senantiasa indah.3- “Al ummu, hiya al insaanatu al wahiidatu allatii qod tansaa an tad'uu linafsihaa fii sholaatihaa liannahaa takuunu masyguulatan bi ad du'aa i li abnaaihaa.”
Artinya: Ibu adalah seorang manusia satu- satunya yang telah lupa mendoakan untuk dirinya sendiri dalam shalatnya, karena ia begitu sibuk mendo'akan anak- anaknya.5 - “Na'rifu qiimata al milhi 'indamaa nafqoduhu, wa qiimatu al abi 'indamaa yamuutu.”
Artinya: Kita akan tahu betapa nerharganya garam ketika ia sulit didapatkan, begitu kita akan tahu betapa berharganya seorang ayah ketika ia telah tiada.6- “Yasalunii maa ajmala 'ithrin ladaika, qultu: rooihatu abii fii malaabisii ba'da maa adhommahu.”
Artinya: Mereka bertanya padaku tentang parfum apa yang paling wangi yang aku miliki aku menjawa: bau dekapan ayahku pada pakaianku.7- “Ummi an nab'u alladzii laa bi nadhbin, al 'athoo u biduuni muqoobilin, al qolbu wa as shodru al hanuunu, biduunihaa yaghiibu kullu tho'min hulwun lil hayaati.”
Artinya: Ibu adalah sumber mata air yang tak pernah kering, memberi tanpa meminta balasan, hati yang penuh dengan kasih sayang, tanpanya hilanglah manisnya kehidupan
Ok setakat tu jer lah perkonsian saya pada hari ini jumpa lagi pada hari yang akan datang. Bye
Laula al 'ilmu lakaana an naasu kaa al bahaaimi.”
Artinya: Seandainya tiada berilmu niscaya manusia itu seperti binatang.
Wednesday, 19 May 2021
Pecinta kucing
Tuesday, 18 May 2021
About me fatin aliya
![]() |
Asalamualaikum kepada semua para pembaca laman blog saya termasuk silent reader . Saya harap kamu semuanya sihat.And terima kasih sebab sudi luangkan masa di laman blog saya. Saya sangat hargai and kalau boleh komen sekali. Eh mengada pulak si patin ni..saya gurau jer.
Ok sebelum tu saya nak bagitau nama saya ialah Fatin Aliya Natasha dan di short menjadi FAN bukan peminat atau kipas yeπ . Itu hanya gabungan nama saya jer ok.
Macam mana pulak boleh jadi FAN1231,misteri pulak si pompuan ni dia main nombor ke!.
Eh bukan macam tu, nombor 1231,sebab saya lahir pada tarikh 31 hari bulan 12,tahun 2005.Hihi anak hujung tahun..sian.Tapi takpelah hujung tahun pon hujung tahun lah,orang kata
tarikh penutup cerita untuk bukak buku baru.
Sebenarnya ini kali pertama saya buat blog. Korang janganlah kecam saya ye. Saya saje nak belajar tulis blog. Saya tak pandai pon tapi kalau korang reti buat blog, tolonglah ajar saya.
Bela jarππ Tajuk kita harini simple jer, iaitu pasal belajar.Ok first saya nak tanya ada ke yang kat sini belajar struggle giler tapi takd...
-
Hai, siapa di sini pecinta kucing? mesti ramaikan. Saya pon pecinta kucing,saya pernah bela kucing sampai 13 ekor tapi semuanya mati. Kucin...
-
Bela jarππ Tajuk kita harini simple jer, iaitu pasal belajar.Ok first saya nak tanya ada ke yang kat sini belajar struggle giler tapi takd...
-
Asalamualaikum kepada semua para pembaca laman blog saya termasuk silent reader . Saya harap kamu semuanya sihat.And terima kasih sebab sudi...
-
Hai bertemu lagi kita di sini, sebut pasai melancong siapa yang dah habis travel seluruh negara. Mesti belom lagi kan. Ok siapa kat sini...
-
Ok, bertemu lagi kita pada hari ni. So nampak tajuk besar kat atas pasai apa. Hampa baca sendiri lahπ π π . Ceh gurau jer,jangan marah mar...



